Owner Post Them Follow Dash



Vie Compliquee
Vie Compliquee

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Writing is an underestimated art, you are painting colourful images in people's minds by using words of black and white.
Look at the sky! I may be far but never gone.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
All my thoughts keep flowing like a river

Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum semua , rasa dah lame saya tak update
Alhamdullilah hari terbuka pula hati hendak update sesuatu yang berguna
Tadi terdengar sahabat saya berbual pasal malam Lailatul Qadar
Yela lagi beberapa hari je nak masuk bulan Ramadhan
Jom sama-sama kita singkap apa sebenarnya malam ini !
 
Malam Lailalatul Qadar
Malam ini adalah malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat
atau nama lain dalam bahasa melayu Malam Takdir
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Cuba bayangkan dalam setahun cuma malam ini sahaja yang penuh dengah hikmahnya yang tersendiri
 Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
 
Sebab adanya malam ini ?
Malam ini adalah kurnian Allah kepada Rasulullah s.a.w dan umatnya sebagai tanda sayang
 Menurut Imam Malik, Rasulullah s.a.w melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Ialah zaman sekarang manusia cuma boleh hidup hingga usia 100 kebawah
 Rasulullah s.a.w sangat sayangkan umatnya itu sebab dia berdoa kepada Allah s.w.t

Apakah tanda-tanda pada malam tersebut ?
*Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
*Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
*Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
*Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
*Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
*Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
*Tambahan sahabat saya berpendapat bahawa pada malam hanya orang yang tertentu sahaja yang
tiba-tiba terjaga dari tidur tanpa dikejut oleh sesiapa

Sesungguh malam Lailatul Qadar hanya Allah sahaja yang tahu
Carilah keberkatan Ramadahan dari awal Ramadhan
Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua untuk bertemu dengan malam
yang pennuh dengan keberkatan ini .
Amin .

Mastura harap kamu semua dapat menghayatinya
Assalamualaikum kalau ada masa update seterusnya akan muncul