Owner Post Them Follow Dash



Vie Compliquee
Vie Compliquee

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Writing is an underestimated art, you are painting colourful images in people's minds by using words of black and white.
Look at the sky! I may be far but never gone.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
All my thoughts keep flowing like a river

Life begins


Hati ini senipis tisu. Sering terhiris,sering terluka. Terkadang, hati ini tidak cukup kuat untuk menghadapi tiap ujian & dugaan dalam hidup ini. Aku cuba juga untuk tersenyum.Detik waktu terus berjalan..
suka dan dukaku lalui dengan resah dan airmata..
Diriku seperti hilang arah tujuan dan hanya mampu mengenang segala kenangan..
Kehilangan ini telah mengajar diriku ini untuk menghargai semua.
"I'm okay and thats why im smiling now" tapi aku tidak berdaya untuk membohongi diri sendiri yang aku sunyi tanpa kasih seorang ayah..

Dulu..
Abah selalu ada bila adik perlukan bantuan..
Abah selalu dengar adik bercerita pasal politik mesir ke palestin..
Abah selalu ajak adik makan bila waktu makan..
Abah selalu belikan adik apa yang adik nak..
Abah selalu hantar adik sekolah..
Abah selalu cakap abah bangga ada adik sebab adik selalu dapat result cemerlang..
Abah selalu cakap "buktikan dekat orang sekeliling adik yang adik boleh berjaya cemerlang dan abah berjaya didik anak-anak abah jadi orang yang berguna"..
Abah selalu nasihatkan adik bila adik merungut..
Abah..
Sekarang adik sunyi adik dah tiada teman sejati, penyelamat adik, pendengar setia dan seorang ayah.
Penderitaan yang abah lalui selama ini abah  telah membuatkan adik bertambah matang dan tabah untuk menghadapi kenyataan yang adik seorang yatim..
Lepas ni..
Adik kena buat semua sendiri dan kena belajar berdikari..
Selalu abah datang sekolah untuk ambil keputusan adik..
Lepas ni adik akan ambil keputusan dengan bawa semangat dari abah..
"Adik, berlajar rajin-rajin" nasihat terakhir yang abah berikan akan ku pegang.

Terima kasih ya Allah..
Kau telah pinjamkan makhlukmu ini untuk menjadi peneman dikala suka dan dukaku, teman sejatiku dan ayahku selama 15 tahun..
Ikhlaskanlah.. Relakanlah..
Semoga ayahku di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman.